Wanita Solehah
 Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu  persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak  lelaki yg terpikat padawanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil  berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki  berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati  ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan  sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri  masing-masing.
Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu  persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak  lelaki yg terpikat padawanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil  berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki  berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati  ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan  sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri  masing-masing. 1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi  daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.  Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan  menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.   Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan  kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah…..
 2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.  Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian  tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2  sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya…..
 3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza  dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka  dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan  dari wanita membuat lelaki berasa bangga…..
 4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar  sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang  baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah  senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan  memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan  dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan  elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut  terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah  beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik  dan ramping walau dah punya anak 3??
 5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh  diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan  topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan  sekadar teman berbual
yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia  juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang  agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan  wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima  jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
 6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai  lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih  tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan  dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat  menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke
mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
 7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai  seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang  menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan  buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu  apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia  tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki  memperlakukan dirinya sesuka hati.
 8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada  nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan  yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan  dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.
 
No comments:
Post a Comment